PUTRAJAYA, 30 NOV: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada dengan mengambil kira beban tugas dan jumlah kes pencemaran yang berlaku dalam negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.